Apa khabar semua?
Masih lagi berada di sini?
2019 sudah
Setahun lagi menuju 2020
28 Mei, 2014
26 Disember, 2012
KENANGAN LALU
Malam semalam, Aku membuka Youtube, aku
terbuka lagu Fynn Jamal, Sampai Tua. Video yang aku buat sendiri dan
aku muat naik menggunakan akaun sendiri dua tahun yang dulu.
Dan sekarang, aku lupa kata laluan
akaun tersebut. Aku buat video lagu tu kerana sesorang yang
memberikan lagu itu pada aku satu masa dulu.
Aku dengar, aku hayati. Dengan tiba
tiba aku terkenang kisah lama. Lalu aku membuka google dot com. Di ruangan mencari, aku menaip nama aku dan dia.
Dan, banyak juga kisah aku dan dia di
jumpai. Aku buka satu persatu, Aku terbaca dari entri blog dia. Satu
entri pun dia tidak buang mengenai kisah kisah aku dan dia. Aku baca
setiap entri yang berkaitan aku dan dia. Aku merindui dia. Yang pergi
tanpa kerelaan aku
Dari zaman sebelum berjumpa, pertama
kali bertemu , Di KLIA, di bumi Anbia. Aku baca satu per satu.
Berbalas entri. Aku rindu, Aku rindu
Aku teruskan mencari, Ternyata ramai
kawan kawan aku dan dia di zaman kerajinan berblogging bercerita
tentang aku dan dia. Aku baca. Dan aku hargai. aku semakin merindui
dia
Kisah dia dan aku di blog aku sudah
tiada. Tapi masih tersimpan di satu blog yang aku sembunyikan untuk
aku membaca seorang diri.
Aku rindu dia dan tak salah aku
merindui dia yang sekarang bukan lagi milik aku
16 Oktober, 2012
DOA JODOH
Hari tu mak gua kol gua masa gua dalam kereta dengan Siggplus. Masa tu pulang ke rumah Prima U1 selepas sarapan pagi.
Mak gua cakap sambil batuk batuk. Sedih pun ada risau pun ada. Mak gua kata
"Mak dekat depan kaabah kie(ni) Mak doakan Kue(ko) adik nurul, adik haikal dapat jodoh yang baik, soleh dan hormat orang tua"
Gua pun gelak gelak dan dalam masa yang sama fikiran gua berfikir, sape la bakal jodoh gua ni. kah kah kah
Tapi gua pun pelik juga. Adik gua yang lelaki nama Haikal tu baru tingkatan tiga. Awal beno nak kahwin?

Langgan:
Catatan (Atom)