26 Disember, 2012

KENANGAN LALU


Malam semalam, Aku membuka Youtube, aku terbuka lagu Fynn Jamal, Sampai Tua. Video yang aku buat sendiri dan aku muat naik menggunakan akaun sendiri dua tahun yang dulu.

Dan sekarang, aku lupa kata laluan akaun tersebut. Aku buat video lagu tu kerana sesorang yang memberikan lagu itu pada aku satu masa dulu.

Aku dengar, aku hayati. Dengan tiba tiba aku terkenang kisah lama. Lalu aku membuka google dot com. Di ruangan mencari, aku menaip nama aku dan dia.

Dan, banyak juga kisah aku dan dia di jumpai. Aku buka satu persatu, Aku terbaca dari entri blog dia. Satu entri pun dia tidak buang mengenai kisah kisah aku dan dia. Aku baca setiap entri yang berkaitan aku dan dia. Aku merindui dia. Yang pergi tanpa kerelaan aku

Dari zaman sebelum berjumpa, pertama kali bertemu , Di KLIA, di bumi Anbia. Aku baca satu per satu. Berbalas entri. Aku rindu, Aku rindu

Aku teruskan mencari, Ternyata ramai kawan kawan aku dan dia di zaman kerajinan berblogging bercerita tentang aku dan dia. Aku baca. Dan aku hargai. aku semakin merindui dia

Kisah dia dan aku di blog aku sudah tiada. Tapi masih tersimpan di satu blog yang aku sembunyikan untuk aku membaca seorang diri.

Aku rindu dia dan tak salah aku merindui dia yang sekarang bukan lagi milik aku

9 ulasan:

alien berkata...

jiwang plak

alin berkata...

ALOLOLOOOOOOOOOOOOOOOOO

catherine- berkata...

x rindu akak ke?? ;)

happy new year adik!

cikpia berkata...

akupun penah baca kisah kau dan dia.... takpa parid, aku ada.... =)

hambaMu berkata...

yes.. penah baca kisah kamu dan dia . ^_^
zaman berubah .. ayuh move on =)

*lama dah xjenguk sini

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.001casino.com/]casino bonus[/url] hinder the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casino[/url] autonomous no deposit bonus at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino compensation
[/url].

Tanpa Nama berkata...

tak salah kenangan cinta tu kan asek LOL. tapi, life must go on dol. you can do better. happy new year pared >.<

Unknown berkata...

Wahai adik yang bulat, i wish you lotsa happiness. All in good time, just hang in there. Insya-Allah.

Unknown berkata...

makwe mesir tu eh? takpe la rindu dari jauh ;')