21 Februari, 2012

MESEJ DARI DATO CHAN KHEE VOON MELALUI 62003 MENGENAI BR1M

"RM0.00 BR1M RM500 anda telah lulus. Sila ambil voucher tunai di SMK Bukit Kepayang, S2 @27/02/12(MONDAY) @  11.30am-3pm. Dari DATO CHAN KHEE VOON-BN"
Received :
12.07.23PM
20-02-2012


______________________________________________

Kadang kadang gua tak faham, Bila masa gua memohon BR1M ni? Dan setahu gua Bukit Kepayang dekat negeri sembilan, Bila masa gua pergi Negeri Sembilan pula? Nak keluar dari JB ni pun susah ya amat.

Dato Chan Khee Voon
Sumber gambar

Taktik apabenda plak di gunakan ni? Kalau Pakatan Rakyat buat, adakah ini menjatuhkan Dato ini? Kalau dari Pakatan Kerajaan, Ini guna taktik apa? Membodek? gua tak faham.

Ah, Kalau benda ni betul, gua tak heran benda ni. Jangan ingat sebab duit, gua boleh jatuh cinta dengan Dato ni.

17 Februari, 2012

CINTA DARJAH TIGA

Masa gua darjah tiga, gua ada sorang makwe
Nama dia Sara Shahira
Masa pertengahan tahun, dia perpindah ikut keluarga dia ke gombak
Sebagai tanda perpisahan, gua bagi dia sebatang pensil

Sekarang
Di manakah dia berada?
Sudah beranak berapa?
Dan pensil gua bagi tu dia buang dekat mana sekarang?

15 Februari, 2012

MENYAMBUT HARI KEKASIH


Sajak untukmu

"Selamat menyambut hari kekasih buat sayangku,
Dari jauh ku datang menghampirimu
Dari jauh ku sudah merinduimu
Dan pabila ku sudah berada di sisimu semalam
Kau membalas dengan seribu senyuman untukku
Selamat hari kekasih buat kekasihku, yang juga nyawaku"

Satu hari dari JB ke Bukit Jalil dan patah balik semula ke JB dalam masa enam belas jam. Smua untuk Selangor tercinta

Selangor 2 Kelantan 1
(14-02-2012)

06 Februari, 2012

TAK MAKAN SAYUR

Tengah hari tadi, Penat akibat tugasan hakiki, Gua dan rakan gua singgah sebentar untuk makan di sebuah kedai makan yang biasa biasa saja.

Masa makan

Member gua

"Tomp, kau tak makan sayur ke?"

Gua

"Tak, tapi kalau pucuk ubi masak lemak, gua makan" Sambil melahap daging ayam yang sedap

Member gua

"Kira ok la tu alasan ko, Ko nak tahu alasan member aku kenapa dia tak makan sayur?"

Gua

"Apa dia?"

Member gua

"Dia cakap, makan sayur ni macam kambing, kambing makan sayur kan?"

Gua

*Terdiam, Alasan itu membuatkan fikiran gua berfungsi

23 Januari, 2012

CINTA BLOGGER V2


Kalau betul hari ini hari jadi dia (Dua Puluh Tiga Hari Bulan Satu.) Selamat hari jadi buat si pemakai cermin mata tu. gedik gedik awak, marah marah awak, majuk majuk awak. kadang kadang buat saya geram. Tapi saya tetap sayangkan awak.

16 Januari, 2012

SELANGOR VS PERAK (14.01.2012)

Klik pada gambar untuk lihat gambar yang lebih jelas






12 Januari, 2012

CINTA BLOGGER


Gua tak tahu bila gua start kapel ngan budak perempuan ni. Budak laki comel yang gua dukung tu anak buah gua, dah berusia 3 bulan dah. Comel macam pakcik dia. tapi tak comel macam perempuan sebelah tu.

To Najwa Latif, Takde lagu cinta blogger ke?

Tak ingat tarikh kapel takpe, janji ingat tarikh akad nikah dua tiga puluh tahun selepas akad nikah nanti.