Malam semalam, Aku membuka Youtube, aku
terbuka lagu Fynn Jamal, Sampai Tua. Video yang aku buat sendiri dan
aku muat naik menggunakan akaun sendiri dua tahun yang dulu.
Dan sekarang, aku lupa kata laluan
akaun tersebut. Aku buat video lagu tu kerana sesorang yang
memberikan lagu itu pada aku satu masa dulu.
Aku dengar, aku hayati. Dengan tiba
tiba aku terkenang kisah lama. Lalu aku membuka google dot com. Di ruangan mencari, aku menaip nama aku dan dia.
Dan, banyak juga kisah aku dan dia di
jumpai. Aku buka satu persatu, Aku terbaca dari entri blog dia. Satu
entri pun dia tidak buang mengenai kisah kisah aku dan dia. Aku baca
setiap entri yang berkaitan aku dan dia. Aku merindui dia. Yang pergi
tanpa kerelaan aku
Dari zaman sebelum berjumpa, pertama
kali bertemu , Di KLIA, di bumi Anbia. Aku baca satu per satu.
Berbalas entri. Aku rindu, Aku rindu
Aku teruskan mencari, Ternyata ramai
kawan kawan aku dan dia di zaman kerajinan berblogging bercerita
tentang aku dan dia. Aku baca. Dan aku hargai. aku semakin merindui
dia
Kisah dia dan aku di blog aku sudah
tiada. Tapi masih tersimpan di satu blog yang aku sembunyikan untuk
aku membaca seorang diri.
Aku rindu dia dan tak salah aku
merindui dia yang sekarang bukan lagi milik aku
9 ulasan:
jiwang plak
ALOLOLOOOOOOOOOOOOOOOOO
x rindu akak ke?? ;)
happy new year adik!
akupun penah baca kisah kau dan dia.... takpa parid, aku ada.... =)
yes.. penah baca kisah kamu dan dia . ^_^
zaman berubah .. ayuh move on =)
*lama dah xjenguk sini
top [url=http://www.001casino.com/]casino bonus[/url] hinder the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casino[/url] autonomous no deposit bonus at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino compensation
[/url].
tak salah kenangan cinta tu kan asek LOL. tapi, life must go on dol. you can do better. happy new year pared >.<
Wahai adik yang bulat, i wish you lotsa happiness. All in good time, just hang in there. Insya-Allah.
makwe mesir tu eh? takpe la rindu dari jauh ;')
Catat Ulasan